
IKLIM SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DI KELANTAN
Author(s) -
Hasliza Ibrahim,
Siti Noor Ismail,
Mohamad Adnan Mohamad Kassim,
Sharifah Mohamad
Publication year - 2016
Publication title -
proceedings of the icecrs
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 2548-6160
DOI - 10.21070/picecrs.v1i1.646
Subject(s) - physics , humanities , general education , sociology , pedagogy , art
Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim sekolah dan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling di negeri Kelantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 181 orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah di negeri Kelantan. Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling di daerah Tanah Merah. Secara spesifiknya, kaedah kuantitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Maklum balas melalui soal selidik telah diperolehi dan seterusnya data dianalisis menggunakan Perisian Program SPSS 20.0 yang mana melibatkan nilai Min, Sisishan Piawai, ujian t dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan didalam kajian ini diambil dan diubahsuai dari soal selidik Tahap Persekitaran sekolah (SLEQ) oleh Johnson dan Steven (2007). Instrumen bagi mengukur efikasi guru bimbingan dan kaunseling pula menggunakan instrumen yang diambil daripada School Counselor Self Efficacy Scale (SCSE) yang diadaptasi daripada Bodenhorn & Skaggs(2005). Dapatan daripada ujian korelasi Pearson menunjukkan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi guru bimbingan dan kaunseling. Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi perhubungan pelajar mempunyai hubungan yang paling kuat berbanding dimensi lain dengan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling. Seterusnya dapatan kajian ini juga mendapati bahawa iklim sekolah merupakan peramal kepada efikasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada bidang ilmiah penyelidikan pendidikan.