z-logo
open-access-imgOpen Access
AMALAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR DAN MASALAH YANG DIHADAPI GURU-GURU PELATIH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAMALKAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM
Author(s) -
Abdull Sukor Shaari,
Mohd Izam Ghazali,
Nurahimah Mohd Yusof,
Mohd Isha Awang
Publication year - 2016
Publication title -
proceedings of the icecrs
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
ISSN - 2548-6160
DOI - 10.21070/picecrs.v1i1.531
Subject(s) - humanities , psychology , art
Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih masih mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah amalan pedagogi berpusatkan pelajar oleh guru pelatih program pensiswazahan guru (PPG) yang mengikuti program latihan mengajarmanakala secara khususnya kajian ini  bertujuan untuk menjelaskan (a) kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan semasa praktikum, (b) respons pelajar terhadap aktiviti berpusatkan pelajar yang digunakan semasa praktikum dan (c) meneroka masalah-masalah utama guru pelatih dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan empat guru pelatih mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Kedah yang sedang mengikuti PPG di Universiti Utara Malaysia. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis refleksi guru pelatih.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here