Tahap Kefahaman Masyarakat Terhadap Konsep Tanah Adat dan Undangundang Tanah Adat : Kajian di Negeri Sembilan = Level of Understanding among Community towards the Concept of Customary Land and Its Law : Study in Negeri Sembilan
Author(s) -
Azman Ab Rahman,
Tengku Mansur Bin Tengku Zainal Abidin,
Lukman Abdul Mutalib
Publication year - 2017
Publication title -
malaysian journal of syariah and law
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2590-4396
pISSN - 1985-7454
DOI - 10.12816/0051383
Subject(s) - law , sociology , political science
Tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam sistem pewarisan harta mengikut Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan secara turun-temurun sehingga ke hari ini. Amalan undang-undang tanah adat yang sedia ada, hanya waris wanita sahaja yang dibenarkan untuk memiliki tanah adat. Hal ini adalah untuk memelihara kaum wanita daripada hidup berpelesiran sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai penyambung keturunan. Namun timbul persoalan berkaitan tahap kefahaman masyarakat pada masa kini terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat yang diamalkan. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui tahap kefahaman masyarakat di daerah Rembau, Kuala Pilah dan Tampin, Negeri Sembilan terhadap konsep tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian ini menggabungkan kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan dokumentasi, temubual dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat semakin berkurang dikalangan generasi muda. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang tanah adat dan undang-undang tanah adat menurut Syarak. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat sama ada melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun pihak-pihak tertentu.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom