Kaedah Pelaksanaan Sistem Diat dalam Kes-Kes Kemalangan Jalanraya di Malaysia : Satu Tinjauan Awal = Method Execution of Diat System in Road Accident Cases in Malaysia : An Initial Review
Author(s) -
Lukman B. Abdul Mutalib,
Muhammad Aunurrachim Bin Mas’ad,
Resali Muda
Publication year - 2017
Publication title -
malaysian journal of syariah and law
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2590-4396
pISSN - 1985-7454
DOI - 10.12816/0051375
Subject(s) - traffic accident , transport engineering , engineering
Salah satu perkara yang menjadi topik besar di Malaysia sekarang ini ialah kadar kemalangan jalan raya yang sangat tinggi. Secara ringkasnya terdapat 2 isu utama dalam tajuk ini, iaitu isu kemalangan dan isu pampasan. Melihat kepada isu kemalangan, satu kajian oleh ESCAP (Economic and Social Commission for Asia and the Pacific) iaitu satu badan di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pembangunan alam sekitar di Asia Pasifik menunjukkan Malaysia mencatatkan jumlah kemalangan maut tertinggi di dunia dan tempat ketiga bagi kemalangan jalan raya secara umumnya. Satu kajian lain juga menunjukkan lebih 85 peratus punca kemalangan adalah disebabkan oleh sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri. Berhubung isu pampasan, menurut statistik Ops Sikap 24, 62% daripada mereka yang terlibat dengan kemalangan maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal. Rata-rata mangsa adalah masyarakat berpendapatan sederhana dan tidak memiliki insurans. Apabila berlaku kemalangan, mangsa akan menanggung kerugian kerana tiada pampasan untuk mangsa. Sekalipun mereka boleh menuntut pampasan melalui undang-undang Tort, namun ia terpaksa melalui proses yang berasingan dan memerlukan kos tambahan. Akibatnya mangsa kekal dalam keadaan menderita dan haknya terabai. Walaupun berbagai usaha telah dilakukan melalui pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan lain-lain untuk membudayakan pemanduan berhemah, Namun masih belum menampakkan hasil yang memuaskan. Manakala dari aspek pampasan, boleh dikatakan belum ada satu kajian yang konkrit telah dilakukan. Justeru, kajian ini akan meninjau kelebihan sistem diat dalam menangani kedua-dua isu di atas sekali gus merumuskan kaedah pelaksanaan sistem diat di Malaysia. Metodologi kajian berasaskan kaedah mix metode iaitu temubual pakar dan kajian tinjauan (survei). Sampel kajian terdiri daripada tenaga akademik, para mufti dan ulama, peguam, ahli undang-undang dan orang awam. Teknik persampelan menggunakan kaedah purposive sampling dan simple random sampling procedure. Data dianalisis secara deskriftif dan analisis SPSS. Dapatan kajian menunjukkan kesemua responden bersetuju sistem diat perlu diperkenalkan di negara ini dengan mewujudkan undang-undang bertulis yang lengkap serta melibatan semua agensi yang berkaitan bagi memudahkan proses pelaksanaannya.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom