Gerak Kerja ‘5P’ Pembentukan Istilah Bahasa Melayu
Author(s) -
Asrul Azuan Mat Dehan,
Hajah Nor Azuwan Yaakob,
Jama’yah Zakaria
Publication year - 2014
Publication title -
international journal of language education and applied linguistics
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2289-9294
pISSN - 2289-7208
DOI - 10.15282/ijleal.v1.421
Subject(s) - political science , humanities , philosophy
Kajian ini merupakan kajian deskriptif untuk menganalisis sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Kajian ini dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang prosedur pentadbiran yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membentuk istilah bahasa Melayu daripada bahasa asing. Selain itu, kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen. Kaedah temu bual digunakan untuk mendapatkan data berkaitan dengan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu. Kaedah analisis dokumen pula digunakan untuk meneliti teks atau kajian terdahulu secara tekstual dan kontekstual. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti sumber dan prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa asing. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga sumber utama yang dimanfaatkan dalam pembentukan istilah, iaitu bahasa Melayu, bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu dan bahasa asing (bahasa Inggeris dan bahasa Arab). Berdasarkan analisis dari sudut prosedur pembentukan istilah bahasa Melayu, terdapat lima prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu, iaitu penggubalan, pengesahan, penyelarasan, pemanuskripan dan penyebaran. Ringkasnya, prosedur pentadbiran pembentukan istilah bahasa Melayu merupakan satu elemen atau proses yang rumit dan mengambil jangka masa yang panjang. Prosedur ini perlu didedahkan kepada pengguna istilah bahasa Melayu untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu ke peringkat global.
Accelerating Research
Robert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom
Address
John Eccles HouseRobert Robinson Avenue,
Oxford Science Park, Oxford
OX4 4GP, United Kingdom