Open Access
Perancangan Pengajaran Dan Pembelajaran dan Penguasaan Hafazan Al-Quran Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz
Author(s) -
Mohamad Marzuqi Abdul Rahim,
Wan Muhammad Hafizuddin Wan Abd Halim,
Abd Hadi Borham,
Ashraf Ismail,
Tengku Nur Tasnim Tengku Riduan
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal qiraat
Language(s) - English
Resource type - Journals
eISSN - 2600-7657
pISSN - 2636-9591
DOI - 10.53840/qiraat.v4i1.14
Subject(s) - humanities , general education , physics , mathematics , art , mathematics education
Perancangan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aspek yang sangat mustahak dalam pendidikan. Semua bidang pengajaran dan pembelajaran termasuk Tahfiz al-Quran dapat dijayakan melalui perancangan yang sesuai dan tepat. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan memberi impak kepada penguasaan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pelaksanaan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz serta tahap penguasaan peserta kajian terhadap hafazan al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Seramai 335 orang responden dipilih secara rawak mudah daripada beberapa institusi tahfiz swasta dan kerajaan. Data kajian telah dikumpul menggunakan soal selidik. dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan nilai kekerapan, peratus, min, sisihan piawai. Manakala analisis inferensi pula menggunakan Ujian Pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati perancangan pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya, berada pada tahap sederhana tinggi (min 3.98, sp=0.43), Begitu juga dapatan kajian turut menunjukkan penguasaan hafazan pelajar berada di tahap interpretasi sederhana tinggi (min 3.83, sp=0.39). Sementara itu dapatan korelasi pearson secara keseluruhan menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat tinggi di antara pengurusan pengajaran dan pembelajaran guru tahfiz di dalam kelas hafazan dengan penguasaan hafazan pelajar dengan nilai (r=0.733, p<0.01). Implikasi kajian menunjukkan perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz sangat penting dalam menentukan tahap penguasaan hafazan pelajar. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran dan pembelajaran tahfiz harus disusun dengan lebih sistematik terhadap aspek matlamat, masa, aktiviti PdP, bahan PdP dan perekodan agar ia memberikan impak yang maksimum kepada penguasaan hafazan pelajar.
Kata Kunci: Perancangan, pengajaran dan pembelajaran (PdP), Tahfiz, Penguasaan Hafazan, Sekolah tahfiz