z-logo
open-access-imgOpen Access
Saiz kosa kata bahasa Arab dalam kalangan penuntut tahun akhir Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Author(s) -
Abdul Razif Zaini,
Yaakob Hasan,
Muhammad Harun Husaini
Publication year - 2021
Publication title -
al-irsyad : journal of islamic and contemporary issues
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2550-1992
pISSN - 0128-116X
DOI - 10.53840/alirsyad.v6i1.154
Subject(s) - humanities , islamic education , art , islam , theology , philosophy
Perkataan merupakan unit asas penting dalam pembelajaran bahasa. Perkataan juga merupakan intipati pembelajaran bahasa dan perlu dikuasai oleh pelajar. Penguasaan kata boleh dinilai dari dua aspek iaitu kuantiti dan kualiti. Dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa kedua, kuantiti perkataan yang dikuasai pelajar adalah sangat penting demi kelangsungan. Justeru, kajian ini memberikan tumpuan kepada aspek yang berkaitan dengan kuantiti, iaitu saiz kosa kata. Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengukur saiz kosa kata reseptif pelajar tahun akhir bagi jurusan Sarjana Muda Bahasa Arab. Satu set soal selidik dan Arabic Vocabulary Level Test-aVLT yang diadaptasi dari Vocabulary Level Test ditadbir bagi mengenal pasti saiz kosa kata reseptif responden. Responden kajian terdiri daripada 31 orang pelajar sarjana muda tahun akhir bagi jurusan Bahasa Arab daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara purata setiap responden memiliki sekitar 2223 patah perkataan yang berfrekuensi tinggi. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa penguasaan sekurang-kurangnya 2000 perkataan yang berfrekuensi tinggi mampu meletakkan pelajar ke tahap minimum penguasaan bahasa. Kajian ini mencadangkan agar pembangunan kata pelajar dibangunkan secara eksplisit dan berterusan bermula di peringkat rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here