Open Access
Penerokaan Aspek Altruisme dan Latar belakang Terpilih dalam Kalangan Mahasiswa
Author(s) -
Juliana Rosmidah Jaafar,
Noor Hidayu Zakaria,
Nurul Hazwani Kamarudin
Publication year - 2022
Publication title -
malaysian journal of social sciences and humanities
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
ISSN - 2504-8562
DOI - 10.47405/mjssh.v7i3.1365
Subject(s) - humanities , physics , general education , psychology , art , pedagogy
Tingkah laku yang mementingkan kebajikan individu lain, atau dikenali sebagai altruisme menggambarkan nilai pengorbanan kepada pihak lain. Dalam altruisme, bantuan diberikan tanpa mengambil kira sama ada individu yang memerlukan bantuan adalah ahli keluarga, rakan, jiran mahupun orang asing. Memandangkan tindakan altruisme melangkaui jenis-jenis hubungan dalam kehidupan, maka adalah penting untuk meneroka aspek berkenaan dalam diri golongan muda agar nilai dapat difahami dengan meluas. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti nilai altruisme dan latar belakang yang berbeza dalam golongan muda, iaitu mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Kajian kuantitatif ini merupakan correlational-study melalui pendekatan kaji selidik. Data kajian ini diperolehi daripada 386 orang pelajar. Tingkah laku altruisme diukur melalui Self-Report Altruism Scale (SRA) dan latar belakang terpilih yang dikaji adalah jantina, jenis program pengajian serta struktur keluarga. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa nilai atruisme adalah berbeza bagi mahasiswa lelaki dan perempuan. Menariknya, mahasiswa lelaki dalam kajian ini dilaporkan mempunyai nilai altruisme lebih tinggi berbanding dengan mahasiswa perempuan. Sementara itu, jenis program pengajian mahasiswa dan struktur keluarga tidak berkaitan dengan nilai altruisme mahasiswa. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa aspek latar belakang iaitu jantina mahasiswa mempunyai potensi untuk diperkukuhkan dalam program-program berbentuk kebajikan. Kajian akan datang adalah dicadangkan agar pengumpulan data dapat diperluaskan kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi di negeri lain serta latar belakang yang berlainan.