
Penguasaan Konsep Pengaturcaraan Melalui Pembelajaran Teradun: Satu Kajian Kes
Author(s) -
Norraihan Rosman,
Jamilah Hamid
Publication year - 2020
Publication title -
journal of ict in education
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 0127-9750
pISSN - 2289-7844
DOI - 10.37134/jictie.vol7.1.6.2020
Subject(s) - physics , humanities , philosophy
Kajian ini bertujuan untuk menguji penguasaan konsep pengaturcaraan dalam tajuk algoritma bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dengan menggunakan pendekatan pembelajaran teradun di sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan 59 murid Tingkatan Satu yang mengambil mata pelajaran ASK di sebuah sekolah di Daerah Kuantan. Sampel ini dibahagikan kepada 29 orang murid untuk kumpulan rawatan dan 30 digunakan murid untuk kumpulan kawalan. Instrumen kajian digunakan adalah soalan peperiksaan akhir tahun 2018. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan kaedah pembelajaran teradun memberikan kesan yang positif terhadap penguasaan konsep pengaturcaraan dalam topik algoritma. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran teradun dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran konsep pengaturcaan di dalam mata pelajaran ASK.