z-logo
open-access-imgOpen Access
Masalah Vape di Sekolah Dalam Kalangan Awal Remaja
Author(s) -
George Chong,
Mohd Razimi Husin,
Abdul Rahman Hamid,
Baida Azahar,
Muaz Muzaffa,
Farah Diana Ahmad Kemchi,
Nur Ezzaty Mandzoor Ahmed,
Zulkarnain Zaharudin,
Mohamad Amirul Ismail,
Ahmad Naqib Md Norazni @ Md Yasin,
Mohamad Alif Azizan
Publication year - 2020
Publication title -
journal of humanities and social sciences
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2721-8104
pISSN - 2721-804X
DOI - 10.36079/lamintang.jhass-0201.101
Subject(s) - humanities , political science , art
Masalah tingkah laku vape dalam kalangan awal remaja iaitu remaja yang berumur 12 tahun ke bawah dan 12 tahun keatas adalah satu perkara yang membimbangkan di dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Objektif kajian ini iaitu untuk menghuraikan punca berlakunya masalah vape, mengenal pasti strategi, pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan masalah vape di sekolah, mengenal pasti keberkesanan sesi kaunseling terhadap pelajar yang terlibat dalam gejala vape, mengenal pasti kesan vape ke atas pelajar peringkat awal remaja, dan untuk mengkaji tahap perkembangan masalah vape di sekolah. Kaedah kajian ini meliputi reka bentuk kajian, instrument kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Dapatan kajian yang boleh disimpulkan menurut Ustaz Tengku perkembangan vape disekolah adalah semakin meningkat dan ia sukar dikawal. Hal ini demikian kerana wujudnya vape yang sukar untuk dikenal. Fenomena penggunaan vape menjadi ikutan anak muda dan kanak-kanak. Hal ini amat membimbangkan kerana ia bertentangan dengan Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 dengan misi menjadikan Malaysia negara bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang 2045.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here