Open Access
Impak Pembelajaran Kursus Pengajian Di ACIS Terhadap Keyakinan Pelajar Dalam Bidang Keusahawanan
Author(s) -
Mohamad Hisyam Ismail
Publication year - 2021
Publication title -
jurnal sains insani
Language(s) - English
Resource type - Journals
ISSN - 0127-7871
DOI - 10.33102/sainsinsani.vol6no3.367
Subject(s) - humanities , political science , physics , art
Penglibatan dan daya tarikan bidang keusahawanan semakin meningkat ekoran daripada kemajuan teknologi yang turut memberi kesan positif kepada dunia perniagaan melalui platform digital seperti Alibaba, Shopee, Lazada dan sebagainya. Budaya pembelian secara atas talian yang semakin popular dalam kalangan pengguna, menjadikan fokus para peniaga mula teralih kepada menjalankan perniagaan melalui platform digital. Bagi mengimbangi kehendak semasa dalam bidang keusahawanan, kebanyakan institut pengajian tinggi mula membuat perubahan terhadap kursus-kursus pengajian supaya merangkumi aspek keusahawanan. Perubahan ini diharapkan dapat mengubah persepsi, minat dan memberi galakan kepada para pelajar untuk menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya selepas menamatkan pengajian. Walaupun begitu, masih lagi wujud stigma tentang kerugian kepada para graduan bukan bidang keusahawanan yang menyertai bidang keusahawanan selepas tamat pengajian dan persepsi ketidakmampuan graduan untuk menyertai bidang keusahawan akibat kekurangan pengetahuan berkait keusahawanan semasa mengikuti kursus pengajian masing-masing. Oleh yang demikian, kajian ini akan merungkai kesan pembelajaran kursus pengajian yang ditawarkan di ACIS dalam memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan. Kajian ini akan menggunapakai kaedah kuantitatif melalui soal selidik kepada sejumlah pelajar yang sedang mengikuti pengajian di ACIS. Hasil soal selidik dianalisis menggunakan kaedah SPSS bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati wujud sikap dan minat yang positif dalam kalangan pelajar untuk menyertai bidang keusahawanan serta pelajar percaya bahawa kursus pengajian yang telah mereka ikuti memberi pengetahuan dan keyakinan untuk menceburi bidang keusahawanan. Justeru, kajian ini diharap dapat membantu pelbagai pihak untuk meletakkan aspek keusahawanan sebagai elemen penting dalam struktur pengajian.
The involvement and attractiveness of entrepreneurship are increasing due to technological advances that also positively impact the business world through digital platforms such as Alibaba, Shopee, Lazada, and so on. An increasingly popular online purchasing culture among consumers, making the focus of traders began to flower business through digital platforms. To offset the current needs of entrepreneurship, most institutes of higher learning began to make changes to courses for entrepreneurship. This change is expected to change the perception, interest and encourage students to make entrepreneurship one of the careers after graduation. Nevertheless, there is still a stigma about losses to graduates non-entrepreneurship participating in entrepreneurship after graduation and perception of graduates to participate in entrepreneurship due to lack of entrepreneurial-linked knowledge during their respective courses. As such, this study will undermine the impact of learning courses offered in ACIS in providing confidence to students to participate in entrepreneurship. This study will apply quantitative methods through the questionnaire to several students studying in the ACIS. The following questionnaire will then be analyzed using the SPSS method to answer the objectives of the study. The findings show that there are positive attitudes and interests among students to participate in entrepreneurship and students believe that the course of study they have followed provides knowledge and confidence to venture into entrepreneurship. Hence, this study is expected to help various parties to place entrepreneurial aspects as an important element in the structure of the study.