
Faktor Penolakan Permohonan Kebenaran Poligami: Kajian Kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor (2009-2013)
Author(s) -
Ana Faiza Md Nor,
Azri Bhari,
Rafeah Saidon
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol26no2.409
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Prosedur poligami telah lama wujud sejak tahun 1984 lagi di Selangor, namun amat sukar untuk dipatuhi oleh orang awam dengan pelbagai tohmahan telah dibuat terhadap Mahkamah Syariah, dengan proses yang dikatakan lewat dan menyusahkan. Ini terbukti dengan lambakan kes poligami yang telah dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mahkamah Syariah yang telah dilakukan diluar negara seperti di Selatan Thailand, Indonesia atau perkahwinan secara sindiket di dalam negara. Namun ramai yang tidak dapat memenuhi kriteria dalam berpoligami. Justeru itu kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji faktor penolakan permohonan kebenaran poligami berdasarkan seksyen 23(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor tahun 2003. Kajian ini telah dijalankan dari tahun 2009 sehingga tahun 2013 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Kajian ini telah dibuat secara analisis dokumen yang terdiri dari fail-fail kes Mahkamah berdasarkan Enakmen terkini yang telah ada pindaan pada tahun 2003. Hasil kajian mendapati terdapat faktor-faktor yang menyebabkan penolakan permohonan poligami di antaranya faktor ekonomi yang tidak kukuh, gagal membuktikan isu patut atau perlu, salah prosedur, bakal wali tidak bersetuju dan lain-lain lagi yang berpunca dari pihak pemohon sendiri yang gagal memenuhi kehendak enakmen.