Open Access
Pemberian Seseorang Muslim Untuk Rumah Ibadat Agama Lain Dalam Konteks Singapura
Author(s) -
Adib Termizi
Publication year - 2021
Publication title -
journal of fatwa management and research
Language(s) - Uncategorized
Resource type - Journals
eISSN - 0127-8886
pISSN - 2232-1047
DOI - 10.33102/jfatwa.vol25no1.307
Subject(s) - humanities , political science , art
Dalam usaha menggalakkan keharmonian antara kaum dan agama begitu juga bagi memantapkan perpaduan nasional diantara masyarakat Singapura, beberapa agensi kerajaan dan persatuan mengadakan siri lawatan ke rumah-rumah ibadat di Singapura. Usaha ini diharap dapat memupuk sifat saling menghormati dan menambahkan kefahaman serta pengenalan kepada amalan kepercayaan agama lain. Beberapa isu hukum telah berbangkit dari program ini bagi masyarakat Islam, antaranya status pemberian yang diberikan kepada pihak rumah ibadat tersebut ketika mereka menziarahinya. Kertas kerja ini bertujuan melihat sejauh manakah keharusan seorang muslim menyumbang kepada rumah ibadat selain masjid. Penulis akan mengkaji pendapat para fuqaha mazhab terlebih dahulu kemudian menimbangkan antara maslahat menjaga agama dan keamanan dalam masalah ini. Kajian ini mendapati bahawa syarak tidak menghalang seorang muslim menghadiahkan sesuatu kepada penganut agama lain, namun dalam permasalahan menyumbang kepada rumah ibadat sama ada melalui instrumen sedekah, wakaf dan wasiat adalah dilarang.