z-logo
open-access-imgOpen Access
Perspektif Persekitaran Rogers dengan Penerimaan Teknologi dan Umur Sebagai Moderator
Author(s) -
Sindhuja Sankaran,
Norazlinda Saad
Publication year - 2014
Publication title -
international journal of management studies/international journal of management studies
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2232-1608
pISSN - 2180-2467
DOI - 10.32890/ijms.21.1.2014.10408
Subject(s) - humanities , psychology , philosophy
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor perspektif persekitaran Rogers dengan penerimaan teknologi perisian kursus serta mengkaji peranan umur sebagai moderator. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah 490 orang guru Matematik yang mengajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan harian. Sampel kajian ini telah dipilih dengan menggunakan persampelan kluster dan persampelan rawak. Soal selidik kajian ini diadaptasi dari sumber-sumber lain dan mengandungi 15 item. Soal selidik kajian ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Alpha 0.96. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Berdasarkan Jadual Peringkat Penerimaan oleh Moersch (1995), guru Matematik yang mengajar Tingkatan 1 berada pada peringkat penerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perspektif persekitaran mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap tahap penerimaan perisian kursus. Analisis regresi berganda hierarki menunjukkan pemboleh ubah umur, sebagai moderator telah memberi pengaruh yang signifikan terhadap hubungan antara faktor perspektif persekitaran dengan tahap penerimaan perisian kursus. Kajian ini menjelaskan bahawa interaksi antara umur guru dengan faktor perspektif persekitaran perlu diberi penekanan dalam pendifusian inovasi tersebut supaya dapat meningkatkan lagi tahap penerimaan perisian kursus.   Kata kunci: Pendifusian teknologi, perisian kursus, tahap penerimaan.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here