
PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA
Author(s) -
Normadiah Daud
Publication year - 2021
Publication title -
tamaddun
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2722-2632
pISSN - 1693-394X
DOI - 10.30587/tamaddun.v22i1.2753
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Seramai 6,259 orang anak angkat telah didaftarkan di seluruh Malaysia sejak tahun 2010. Iasemakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian telah membuktikan pasangan Melayu yangberagama Islam adalah golongan yang paling ramai mengambil anak angkat. Persoalannyabagaimanakah keluarga angkat yang beragama Islam ini mampu menjaga batas-bataspergaulan mereka dengan anak tersebut terutamanya apabila anak tersebut meningkatbaligh? Perkara ini telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Justeruitu, kajian ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebutberdasarkan kepada pengamalan ibu susuan yang pernah dilakukan pada zaman Rasul SAW.Di samping itu kajian ini juga memuatkan syarat-syarat pengambilan anak angkat diMalaysia dan syarat-syarat untuk menjadi ibu susuan menurut Islam. Dengan cara inipasangan yang tidak mempunyai anak akan mendapat anak angkat dan pada masa yangsama tuntutan syariat juga dapat dipelihara. Method kajian ini ialah keperpustakaan dankeseluruhan fakta adalah berteraskan kepada kitab fiqh, sirah, tafsir dan hadis. Hasilnya,ternyata pengamalan ibu susuan dalam pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak danberteraskan kepada apa yang pernah dilakukan oleh Rasul SAW mampu menyelamatkanmasyarakat daripada melakukan dosa di rumah sendiri dan menjaga keutuhan masyarakatmuslim dengan batas-batas pergaulan yang telah digariskan dalam IslamKata Kunci: Ibu Susuan, Anak Angkat, Sunnah