
TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI JOHOR 2017-2018: Analisis Tajuk Dan Status Hadith Dalam Teks
Author(s) -
Munirah Zakaria,
Syaimak Ismail,
Farah Hamizah Samsuddin,
Nazrudin Hashim,
Mohd Zainodin Mustaffa,
Kamarulzaman Sulaiman
Publication year - 2020
Publication title -
nusantara
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2807-1301
pISSN - 1411-8084
DOI - 10.24014/nusantara.v15i2.10616
Subject(s) - humanities , physics , philosophy
Teks khutbah negeri Johor merupakan satu platform penting dalam memberi peringatan serta nasihat kepada masyarakat Islam yang berada di Johor. Ia merupakan medium terbaik bagi menyampaikan pesanan kepada umat Islam berkenaan isu akidah, Syariah dan akhlak serta isu-isu semasa yang berlaku di negeri Johor. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu; bentuk pemilihan tajuk khutbah dan status hadith yang digunakan untuk menyokong tajuk khutbah. Kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif diimplementasikan bagi menjawab objektif serta persoalan berkaitan penyelidikan. Selain kaedah analisis kandungan, kaedah takhrij hadith juga digunakan dalam kajian ini bagi menentukan status hadith, manakala analisis deskriptif diperoleh menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences [SPSS 26.0]. Hasil kajian mendapati tajuk-tajuk teks khutbah sepanjang tahun 2017-2018 bersifat mendidik selain memberikan input-input penting berkaitan isu-isu agama dan membahaskan topik semasa yang berlaku di negeri Johor dengan sokongan dalil ayat al-quran dan hadith yang betepatan dengan tajuk. Namun begitu, penggunaan hadith dhaif di dalam teks khutbah perlu diberi perhatian oleh penulis supaya maklumat yang disampaikan tidak mengelirukan masyarakat.