
ORIENTALISME DALAM PENGKAJIAN SEJARAH ALAM MELAYU
Author(s) -
Syed Farid Alatas
Publication year - 2015
Publication title -
socia
Language(s) - Uzbek
Resource type - Journals
eISSN - 2549-9475
pISSN - 1829-5797
DOI - 10.21831/socia.v11i02.3627
Subject(s) - humanities , art
Walaupun pelbagai contoh ketidakjituan atau ketidaksesuaian faham-faham, teori-teori dan andaian-andaian Barat telahpun diperhatikan dalam karya-karya kritis tentang kedudukan ilmu-ilmu kemasyarakatan di alam Melayu-Indonesia, akan tetapi apa yang dimaksudkan di aras fahaman dan empiris oleh kejituan dan ketidakjituan jarang telah menjadi perkara perbincangan ilmiah. Makalah ini bertujuan untuk memajukan pemahaman kita terhadap masalah kejituan ini dan menghurai-kan beberapa masalah yang masih menghinggapi pengkajian sejarah Nusantara ini. Masalah-masalah ini berkaitan dengan kenyataan Orientalisme yang berterusan menguasai pengkajian Melayu-Indonesia. Dalam makalah ini masalah Orientalisme ditakrifkan dan beberapa contoh apa yang dimaksudakan dengan pendekatan bukan Erosentris dihasilkan.