z-logo
open-access-imgOpen Access
Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah
Author(s) -
Mohamad Zaim Isamail,
Tamkin Joni,
Mohd Warid Hussin
Publication year - 2013
Publication title -
jurnal teknologi/jurnal teknologi
Language(s) - Italian
Resource type - Journals
eISSN - 2180-3722
pISSN - 0127-9696
DOI - 10.11113/jt.v64.1668
Subject(s) - humanities , political science , physics , art
Pembiayaan perumahan secara Islam melalui perbankan Islam di Malaysia mengadaptasi pelbagai bentuk instrumen kewangan Islam. Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sesebuah bank/institusi kewangan Islam tersebut. Antaranya adalah penggunaan Bay’ BithamanAjil (BBA), Ijarah dan sebagainya. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat kritikan yang mempersoal kerelavanan instrumen tersebut bagi membiayai pembiayaan perumahan mahupun pembiayaan semula perumahan. Justeru, satu lagi instrumen baru telah diperkenalkan, iaitu kontrak Musharakah Mutanaqisah. Kontrak ini telah diamalkan oleh beberapa bank Islam terpilih di Malaysia. Oleh kerana kontrak ini masih di peringkat awal pelaksanaan, objektif utama kertas kerja ini akan menganalisis dan menjelaskan secara kritikal konsep pelaksanaan penggunaan kontrak tersebut yang di aplikasi bagi pembiayaan semula perumahan (Home Refinancing). Kajian ini memfokuskan kepada dua bank utama yang mengaplikasi kontrak tersebut, iaitu RHB Islamic Bank Berhad (RHBIBB) dan juga Maybank Islamic Berhad (MIB).Antara objektif lain dalam kajian ini juga akan menjelaskan persoalan mengenai kebolehan pihak pelanggan melaksanakan pembiayaan semula perumahan sekiranya ianya berlaku di dua bank yang berbeza. Sebagai contoh dari RHBIB ke MIB. Selain itu, kajian ini juga akan menjawab persoalan utama dalam muʻamalat, iaitu sama ada pembiayaan semula perumahan ini mempunyai unsur ʻInah ataupun tidak. Dalam menjalankan kajian ini, kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan. Temu bual telah dijalankan di kedua-dua bank yang disebutkan di atas. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah yang merangkumi metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara lain, dapatan kajian daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu berbangkit akibat daripada penggunaan kontrak ini dalam pembiayaan semula perumahan, antara seperti isu pemilikan apabila seseorang pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan semula perumahan, sedangkan rumah tersebut masih dikongsi dengan pihak bank. Begitu juga dengan permasalahan penetapan harga rumah yang hendak dibiayai semula. Hasil daripada analisis ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperhalusi lagi pelaksanaan kontrak ini.

The content you want is available to Zendy users.

Already have an account? Click here to sign in.
Having issues? You can contact us here